BINATANG!!!!!

This is da 1st words yg kuar dari mulut aku masa baca article dari Harian Metro hari ni (23/12/08). Korang baca laa news kat bwh...

Dua beranak nafsu haiwan
Oleh Ahmad Saufi Mansoropie@hmetro.com.my

BUTTERWORTH: Bernafsu haiwan adalah perkataan paling sesuai untuk dua beranak, termasuk remaja lelaki berusia 16 tahun yang ditahan polis selepas disyaki menodai seorang bayi perempuan baru berusia 20 bulan.Kejadian itu hanya disedari ibu bayi berkenaan apabila pulang ke rumahnya di sini kira-kira jam 11 malam Jumaat lalu apabila melihat bayinya menangis begitu lama.Sebelum itu, sumber berkata, wanita berusia 32 tahun yang bekerja sebagai juruwang itu meminta ibunya mengambil bayinya yang ditinggalkan di rumah pengasuh kira-kira 50 meter dari rumahnya.Katanya, wanita itu kemudian mendapati bayinya menangis dengan kuat apabila dibawa pulang ke rumah, tetapi dimaklumkan ibunya dia mungkin demam.
“Wanita itu yang tidak berpuas hati kemudian memeriksa dan mendapati ada kesan darah dan luka pada bahagian sulit bayi perempuannya.
“Dia kemudian terus membawa bayinya yang menangis dengan kuat tidak berhenti-henti ke Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini. “Hasil pemeriksaan doktor mengesahkan terdapat kesan koyak pada kemaluan mangsa. Bagaimanapun, keadaannya kini dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan di HSJ,” katanya.Berikutan itu, ibu mangsa membuat laporan polis.Ibu kanak-kanak itu yang enggan dikenali, berkata dia tidak menyangka kejadian berkenaan boleh berlaku ke atas bayi perempuannya.Menurutnya, dia menghantar anaknya ke rumah pengasuh berkenaan sejak 14 November lalu dan menjelaskan bayaran RM150 untuk bulan pertama.“Kejadian itu memang di luar jangkaan kerana tiada siapa memberitahu perangai sebenar lelaki berkenaan. Dia tergamak melakukan perkara itu ke atas bayi saya,” katanya.Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, Superintendan Mohd Sukri Awang ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.Menurutnya, polis sudah menahan seorang lelaki berusia lewat 30-an dan anak lelakinya pada Sabtu lalu untuk membantu siasatan kes berkenaan yang dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.“Kami masih melakukan siasatan berhubung kejadian berkenaan,” katanya enggan mengulas lanjut.


What happend to our community??? Our Government!!! Apa action to be taken to those perogol2 ni????
Sedih...sedih sgt bila baca cerita2 mcm ni especially bila kita ada anak perempuan. Even jadi kat anak org lain, hiba rasa hati ini...nauzubillahiminzalik. Mintak dijauhkanlah dari perkara2 sebegini Ya Allah!

2 comments:

husry said...

hye..

aku setuju mmg 2 org ni di gelar binatang yg mcm s**l..naper lah dorang sanggup buat camni kat bdk2 yg xtau apa2..sedih gila..

tp bg aku lah kan..masalah ni dtg dari diri sendiri, klu dorang ni dpt control "nafsu" n berperikemanusian xkan jd mcm ni..education tu penting n reponsibility each society tu pun penting..

walau apa pun steps yg kerajaan kita buat utk prevent kes mcm2 ni..ngan akta nya lah, seminar lah, iklan lah tp klu xde feedback yg baik dari rakyat pun it will equal to zero gak..

community and govrnment should work together to prevent or create zero crime among children..we cannot blame at one side only..

mentality our society should be change amy..

Adios..

p/s:sula kan aja dua ekor "binatang" ni...

Anonymous said...

aku tatau nak komen apa sebab terlampauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu gerammmmmm dgn org yg tak berhati peruuuttttttttttttt mcm tu